AMPANG JAYA – Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemui tergantung dalam beg kanvas di kawasan wakaf surau berhampiran Rumah Pangsa Kos Sederhana 940, Pandan Indah di sini hari ini. Mayat bayi berkenaan ditemui berbalut dengan kain batik berwarna biru pada pukul 8.30 pagi oleh seorang kanak-kanak lelaki, Adam Mikael Mohd. Abdillah, 9, yang sedang bermain di kawasan wakaf tersebut. Pengerusi Surau Ikhwan Muslimin yang ingin dikenali sebagai Roslan, 61, berkata, dia mengetahui mengenai penemuan bayi berkenaan selepas dimaklumkan oleh seorang penduduk di kawasan berkenaan. “Saya percaya bayi berkenaan baru sahaja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya