SHAH ALAM – Mayat bayi lelaki berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif yang ditemui mati di dalam peti ais di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor malam tadi menemui kesan retakan pada tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan dalaman bahagian sebelah kanan kepala. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, penemuan tersebut adalah hasil bedah siasat dilakukan di Institut Perubatan Forensik Negara…










