BENTONG 9 Julai – Nasib lima keluarga dari Kampung Baru Cina Repas di sini, yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran pada 30 Mei lalu terbela selepas mereka menerima sumbangan hasil kutipan derma orang ramai. Selain itu, empat keluarga yang turut terjejas selepas rumah mereka rosak akibat kejadian kebakaran itu turut menerima sumbangan. Sumbangan hasil kutipan orang ramai berjumlah RM122,180 itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack kepada keluarga terbabit baru-baru ini. Tack berkata, bantuan berkenaan diberikan kepada mangsa terbabit bagi meringankan beban mereka. “Bagi waris…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya