KEJAYAAN kontinjen negara muncul sebagai juara keseluruhan kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) memberikan petanda positif mengenai barisan pelapis kebangsaan untuk diserapkan ke dalam skuad utama pada masa akan datang. Wakil tanah air kembali menyerlah di kedudukan tertinggi setelah membawa pulang keseluruhan 37 pingat emas, 34 perak dan 32 gangsa, sekali gus meninggalkan Indonesia di tempat kedua, diikuti juara edisi lalu, Thailand (ketiga). Antara atlet yang menyerlah ialah gimnas cilik negara, Izzah Amzan yang membolot lima emas menerusi acara belantan individu, bola individu, riben individu, acara berpasukan serta keseluruhan individu. Lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya