JAKARTA – Malaysia dan Indonesia sepakat untuk memberi keutamaan dan mempertingkatkan usaha penyelesaian berbagai polemik persempadanan termasuk isu tuntutan wilayah maritim antara kedua negara dengan segera. Komitmen itu dinyatakan oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi dalam sidang akhbar bersama selepas mengadakan dialog dua hala di sini hari ini. “Isu berkaitan persempadanan ini (kawasan sempadan tertentu di laut dan darat) akan kita selesaikan satu persatu…










