Malaysia baharu tidak matang - Utusan Malaysia

Malaysia baharu tidak matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Malaysia baharu sebagaimana digembar-gemburkan oleh kerajaan hari ini disifatkan sebagai tidak matang dan masih mengamalkan politik feudal yang penuh dendam.

MOHD. NAZIFUDDIN MOHD. NAJIB
MOHD. NAZIFUDDIN MOHD. NAJIB

Perkara itu diluahkan oleh Datuk Nazifuddin Najib, anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu catatan di akaun Facebook beliau.

Menurut Nazifuddin, Malaysia baharu hari ini tidak jauh berbeza dengan Malaysia `lama’ hampir 30 tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendakwaan secara berat sebelah yang berlaku hari ini serupa dengan yang dahulu, cuma orangnya sahaja yang berbeza, kebetulan Perdana Menteri yang masih sama.

“Saya ingin menyuarakan hakikat ini, kami sebagai sebuah negara yang melaungkan demokrasi sememangnya tidak matang dari segi politik, masih mengamalkan politik feudal yang penuh dendam,” ujar beliau.

Kelmarin, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu yang membabitkan RM42 juta.

Bekas Presiden UMNO itu dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta berserta dua penjamin dan pasport biasa serta pasport diplomatik beliau diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Perbicaraan terhadap Najib atas pertuduhan-pertuduhan tersebut dijadualkan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini selama 19 hari mulai 18 Februari tahun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN