KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyokong penuh pendirian Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berhubung penempatan semula enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 10 SJKC baharu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr. Hasan Mad. MPM akan menghormati pendirian itu kerana menurutnya, “Kementerian Pendidikan dan menterinya berhak bertindak atas kepentingan nasional, bukannya melawan kepentingan segelintir pihak yang cuba mempolitikkan agenda pendidikan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, pada 24 Januari 2018, MPM…










