KUALA LUMPUR 3 Julai – Majlis Peguam mempertikaikan tindakan campur tangan Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mengumumkan penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Presidennya, George Varughese berkata, ini kerana pasukan itu tidak mempunyai hak undang-undang untuk menahan Najib kerana sebarang penahanan hanya boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis. Katanya, pasukan itu juga tidak berhak untuk memutuskan sama ada Najib akan dikenakan pertuduhan atau bila ia akan dilakukan. “Majlis Peguam terkejut dan tidak bersetuju dengan kenyataan akhbar yang diterbitkan oleh Pasukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya