M10MP Platform terap daya saing taraf dunia - Utusan Malaysia

M10MP Platform terap daya saing taraf dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menerusi pelaksanaan Mo­­dul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) secara berterusan, Sekolah Kebangsaan (SK) Ban­dar Baru Bangi berjaya melahirkan murid yang memenangi pertandingan sains di peringkat antarabangsa.

Guru SK Bandar Baru Bangi, Mohd. Riduan Ali berkata, modul itu yang dilaksanakan dalam skala penonton yang ramai ketika perhimpunan mingguan dapat me­ningkatkan keyakinan murid untuk membuat pembentang­an dan berkomunikasi dengan ber­kesan.

“Buktinya, murid kami yang di­bimbing secara intensif menerusi pelaksanaan modul berke­naan ber­jaya dalam pertandingan sains di Bangkok, Thailand, baru-baru ini walaupun ada antara mereka yang tidak meminati sains.

“Minat itu timbul selepas me­reka melaksanakan modul ber­ke­naan dan yang lebih mem­bang­ga­­kan mereka membuat pem­bentangan dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Kursus Pembangunan Profesionalisme Guru M10MP, Guru-guru Wilayah Per­sekutuan Kuala Lumpur dan Selangor di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kursus selama dua hari itu di­ser­tai oleh guru-guru yang memohon melalui laman rasmi Sistem Pengurusan Latihan, Kementerian Pendidikan Malaysia, https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/.

Siri kedua kursus akan diadakan pada September ini.

Dalam kursus itu, pelbagai aktiviti Modul 10 Minit Perhimpunan dilaksanakan secara amali agar guru-guru dapat memahami dan mengaplikasikannya di seko­lah masing-masing.

Menurut Raduan, guru hanya membimbing manakala kumpulan murid yang bertanggungjawab melaksanakannya sebagai aktiviti berpusatkan murid dan pembelajaran berasaskan projek.

“Aspek komunikasi, kepemim­pinan, atribut diri dan dwibahasa adalah antara yang dapat dilihat dan diukur melalui aktiviti yang dibuat oleh murid pada saban minggu.

“Malah, bilangan murid yang berbakat ini juga semakin me­ning­­kat kerana murid berlainan mengetuai aktiviti modul tersebut pada setiap minggu,” jelas­nya.

M10MP ini diterbitkan setiap ming­gu dalam ruangan mySekolah sebagai panduan untuk guru dan murid mencetus aktiviti berimpak tinggi mengikut kesesuaian tahap dan bilangan murid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN