Lokman ‘naik angin’ dengan SPR - Utusan Malaysia

Lokman ‘naik angin’ dengan SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 30 Julai- Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengarahkan jentera Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menurunkan poster parti itu menjadi pertikaian dan menimbulkan persoalan terhadap tahap kredibiliti agensi berkenaan dalam menjalankan tugas.

Calon BN, Datuk Lokman Noor Adam berkata, tindakan SPR itu juga hanya disifatkan sebagai pilih kasih antara parti itu dan PKR dalam menjalankan kempen kali ini.

Katanya, BN walaubagaimanapun tidak akan menurunkan poster tersebut sehingga surat rasmi di keluarkan kepada parti itu.

“Poster yang digantung tidak ada kata-kata berunsur fitnah atau perkara yang mendatangkan ancaman dan provokasi. Jadi mengapa pula suruh diturunkan,?

“Kita tidak akan turunkan dan kita akan lawan.Jika perlu kita akan bawa ke mahkamah, “ katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan majlis walkabout di Taman Setia di sini hari ini.UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN