Lima rumusan hari pertama persidangan Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Lima rumusan hari pertama persidangan Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kali pertama mengendalikan persidangan Dewan Rakyat, tanpa pengalaman bersidang di dalam dewan yang mulia itu sebelum ini menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dilihat ada ketikanya terpinga-pinga apa yang harus dilakukan, terutama apabila berlakunya ‘pertikaman lidah’ antara Ahli Parlimen.

Tetapi, lebih ‘sakit’ kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang turut kali pertama menduduki ‘kerusi panas’ itu kerana terpaksa berhadapan dengan sesi ‘pertengkaran’ dalam kalangan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Perjalanan masih panjang, semoga bertabah. Perlu rajin periksa tekanan darah.

2. Syed Saddiq tenang ujian pertama

Tidak kekok, kekal tenang dan memberikan jawapan dengan yakin, walaupun isi kandungannya boleh dikatakan bernada retorik.

Namun, dari segi persepsi, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mewujudkan pandangan positif terhadap penampilan kali pertamanya sebagai Ahli Parlimen dan menteri paling muda dalam sejarah.

Orang Muar berbangga.

3. BN boleh membangkang

Kali pertama dalam tempoh 60 tahun, ramai pihak skeptikal terhadap peranan Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang di Parlimen.

Secara jujur, penampilan sulung sebagai pembangkang di Dewan Rakyat, wakil rakyat BN berjaya memberi tanggapan yang memberangsangkan. Dibarisi Ahli Parlimen berpengalaman termasuk dua bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan, BN cukup arif dengan peraturan dewan.

Tidak pelik sekiranya Dewan Rakyat terus ‘kecoh’ dalam tempoh lima tahun akan datang.

Siapkan bertih jagung

4. Samseng

Isu yang sangat hangat.

Hangat sehingga Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Ramkarpal Singh diarah keluar dewan kerana enggan tarik perkataan samseng.

Wakil rakyat pertama diarah keluar persidangan pada penggal pertama Parlimen Ke-14 adalah daripada parti pemerintah.

Malaysia baharu.

5. Di mana Kit Siang?

Rasa janggal apabila melihat wakil rakyat veteran, Lim Kit Siang, yang telah lama berjuang sebagai pembangkang dan akhirnya berjaya duduk di blok kerajaan hanya diam membisu melihat kerenah Ahli-Ahli Parlimen lain.

Jika sebelum ini Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu merupakan antara individu paling lantang bersuara, mencelah perbahasan, namun hari pertama ini beliau hanya duduk melihat sahaja.

Waima ketika Ramkarpal ‘diserang’ bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen pembangkang, Kit Siang hanya duduk tersenyum melihat kerenah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN