LUMUT – Lima remaja berusia 14 hingga 16 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di Taman Bintang Pantai Remis di sini ditahan polis Jumaat lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata, suspek pertama ditahan di tepi jalan besar,Taman Bintang Pantai Remis pada pukul 6 petang. “Susulan tangkapan itu, polis berjaya menahan empat rakan suspek di kawasan yang sama kira-kira setengah jam kemudian. …










