KUCHING – Lima individu termasuk dua Penolong Pengarah Kanan Biro Tatanegara (BTN) direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung membuat tuntutan palsu sebanyak RM600,000 pada 2016. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Syukri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 34 hingga 55 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Semalam mereka ditahan pukul 4.30 petang di Pejabat SPRM Sarawak ketika hadir untuk memberi keterangan. Menurut sumber, tiga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya