PUTRAJAYA – Impak pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap industri francais tempatan hanya akan diketahui selepas mekanisme pelaksanaan cukai tersebut dilaksanakan kerajaan kelak. Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, mekanisme itu kelak akan menentukan impak cukai tersebut kepada pelanggan industri francais yang merangkumi sektor makanan dan minuman (F&B) serta perkhidmatan. “Masih terlalu awal untuk melihat impak berkenaan (SST) memandangkan kaedah pelaksanaan cukai itu masih dirangka dan kita belum mengetahui pelaksanaannya secara keseluruhan,” katanya pada sidang akhbar pada Program ‘Give Back 2018’ PNS dan Marrybrown di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya