KUALA LUMPUR 5 Julai – Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) Sdn. Bhd. akan melaksanakan penutupan laluan menghala ke Semenyih selepas Plaza Tol Sungai Long bermula 9 Julai hingga 14 Julai ini. Syarikat konsesi itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan tersebut bertujuan memberi laluan terhadap pemasangan rasuk jambatan untuk Lebuhraya EKVE. “Laluan kontra satu lorong akan diaktifkan di laluan sebelah Balakong bermula dari kilometer (km) 11.3 hingga…










