Lelaki tertekan isteri mohon fasakh ditahan polis buat laporan palsu - Utusan Malaysia

Lelaki tertekan isteri mohon fasakh ditahan polis buat laporan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL – Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan polis hari ini selepas mengaku membuat laporan palsu petang semalam kononnya dia disamun oleh dua individu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, lelaki itu mendakwa dia membuat laporan palsu tersebut kerana tertekan selepas mengetahui isterinya memfailkan permohonan tuntutan fasakh.

“Lelaki ini membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kikir dekat sini pada pukul 6.08 petang semalam mendakwa dia disamun dua lelaki menaiki motosikal sewaktu menunggu bas bersama isteri dan anaknya.

“Dia yang bekerja sendiri itu telah disoal siasat oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pukul 1.30 pagi tadi dan mengaku telah membuat laporan palsu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, siasatan lanjut polis mendapati lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah lampau dibawah seksyen 379 Kanun Keseksaan pada tahun 2012.

Tambah beliau, hasil ujian air kencing juga mendapati lelaki itu positif dadah jenis methapatamine dan dia disiasat dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu memberi maklumat palsu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN