BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki yang terlibat beberapa kes rogol selepas memperdaya gadis menerusi aplikasi WeChat berjaya ditahan polis di sebuah pusat membeli belah di Perai di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang dipercayai ketika sedang menunggu seorang lagi mangsa yang dikenalinya menerusi Wechat. “Hasil maklumat dan bantuan orang awam, polis berjaya…










