TATAU – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kargo di Kilometer 1, Jalan Tatau-Bintulu di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu, mangsa, Galambong Awan, 46, disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan akibat kecederaan parah pada anggota badannya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum nahas itu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga FLX dikatakan…










