Lelaki Indonesia pecah rumah ditahan tuan rumah - Utusan Malaysia

Lelaki Indonesia pecah rumah ditahan tuan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Niat seorang penjenayah warga Indonesia melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah di Saujana Impian di sini tidak berjaya apabila dia ditangkap oleh pemilik rumah dengan bantuan jirannya semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, pemilik rumah tersebut menyedari rumahnya dimasuki penjenayah dan bergegas pulang selepas dimaklumkan oleh jirannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pemilik rumah dan beberapa orang jirannya kemudian menunggu di luar rumah sebelum menahan suspek.

“Lelaki berusia 31 tahun berkenaan tidak menyedari pemilik rumah bersama jiran mangsa sedang menunggu di luar.

“Suspek yang keluar dari tingkap rumah berkenaan kemudian telah ditangkap oleh pemilik rumah dengan bantuan penduduk di kawasan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dzaffir memberitahu, polis menemui barangan kepunyaan pemilik rumah ketika menahan penjenayah berkenaan.

Kes di siasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN