PETALING JAYA 23 Julai – Seorang penjaga tempat letak kenderaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan anak kekasihnya dan mengugut bunuh kedua-dua beranak itu, bulan lalu. Bagi pertuduhan pertama, K. Thevindran, 32, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak berusia 13 tahun di bahagian kepala di sebuah flat, Taman Desaria 1, Jalan PJS 5/9 di sini kira-kira pukul 8.30 malam,…










