KUALA LANGAT – Seorang pembantu makmal sebuah kolej di Banting dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh rakan sekerja yang juga seorang pembantu tadbir pada Rabu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Abdul ‘Azhim Mohamad, 28, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Isa Md. Nor.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan membunuh sehingga menyebabkan kematian ke atas seorang wanita, Zaimah Mahmod, 57.
Perbuatan itu dilakukan di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Jalan Abdul Samad, Telok Datok di sini antara pukul 1.30 hingga 3 petang pada 11 Julai lalu.










