GUA MUSANG – Lelaki berumur 41 tahun yang berkahwin dengan budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya di Sungai Golok, selatan Thailand pada 18 Jun lepas, sedia berdepan dengan tindakan undang-undang. Che Mohd. Karim Che Hamid berkata, beliau sudah memberi kerjasama penuh kepada semua pihak yang menjalankan siasatan berhubung pernikahannya itu dan sedia menerima hukuman jika bersalah. Bagaimanapun, beliau tetap tidak akan berpisah dengan isterinya itu dan bersedia menunggu…










