Lebih banyak pertuduhan jika ada siasatan berkaitan 1MDB - Utusan Malaysia

Lebih banyak pertuduhan jika ada siasatan berkaitan 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan mengemukakan lebih banyak pertuduhan sekiranya terdapat lagi kertas siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pendakwaan berkata, pihaknya hanya mengemukakan pertuduhan namun terpulang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.

“Untuk hari ini hanya Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) dituduh empat pertuduhan dan pihak pendakwaan mempunyai prima facie yang akan dibuktikan semasa perbicaraan nanti,” katanya ketika ditemui selepas tamat prosiding.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya berkaitan dengan ikat jamin yang ditawarkan pihak pendakwaan iaitu sebanyak RM4 juta, Tommy berkata jumlah itu adalah adil apabila pihak pendakwaan bermurah hati dalam menawarkan jaminan itu. 

Selain itu berkaitan dengan saksi pendakwaan yang akan dipanggil bagi kes ini, Tommy memberitahu terlalu awal untuk didedahkan kepada umum siapa saksi yang akan dipanggil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN