Layan Najib dengan hormat dan bermaruah - Dr. Wan Azizah - Utusan Malaysia

Layan Najib dengan hormat dan bermaruah – Dr. Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 4 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melayan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan hormat dan bermaruah.

DATIN SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
DATIN SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Beliau berkata, pihaknya menghormati undang-undang dan berdoa untuk keadilan bagi Najib dan keluarganya.

“Kami menghormati undang-undang. Kami berharap SPRM melayan Najib dengan hormat dan bermaruah. Saya berdoa untuk keadilan bagi Najib dan keluarganya.

“Biar proses undang-undang yang wajar berjalan,” kata Dr. Wan Azizah dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri itu kini sedang menghadiri Persidangan Peringkat Menteri Asia Bagi Pengurangan Risiko Bencana (AMCDRR) di Ulaanbaatar, Mongolia.

Semalam, Najib ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 2.35 petang oleh SPRM.

Najib hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu membabitkan RM42 juta.

Mahkamah membenarkan bekas Perdana Menteri itu dibebaskan dengan jaminan RM1 juta berserta dua penjamin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN