'Lakonan' Neymar dikritik hebat - Utusan Malaysia

‘Lakonan’ Neymar dikritik hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bintang Brazil, Neymar menerima kritikan hebat di atas lakonannya ketika kejayaan 2-0 pasukan Amerika Selatan itu ke atas Mexico pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik malam tadi.

Semuanya bermula dengan tindakan pemain Mexico, Miguel Layun yang dengan sengaja memijak kaki penyerang Paris saint-Germain itu ketika mengambil bola daripadanya semasa ketinggalan 0-1.

Ekoran itu, Neymar dilihat mengguling-gulingkan badan sambil mengerang kesakitan di tepi padang Samara Arena.

Reaksi Neymar itu disaksikan oleh seluruh penonton bola sepak di stadium mahu pun di rumah menerusi kaca telivisyen berlakon yang mana kebanyakkannya menganggap ‘lakonan’ Neymar itu keterlaluan.

Bekas pengurus Aston Villa, Martin O’Neill berkata: “Reaksi Neymar amat memalukan. Ia memang satu kesalahan kad merha, tetapi kesakitan yang ditunjukkan Neymar sangat-sangat keterlaluan.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya selepas menerima suntikan daripada doktor,” katanya.

Bekas penyerang England, Alan Shearer turut senada dengan O’Neill.

“Sungguh memalukan. Neymar seorang pemain yang bagus. Tetapi amat memalukan apabila melihat dia berguling-guling di atas padang seperti dia dalam kesakitan. Apa yang dia fikir?

“Piala Dunia satu kejohanan besar, tetapi kita boleh lihat kesan negatifnya apabila pemain mula berlakon cedera dan cuba membuatkan pemain lawan dibuang padang,” kata Shearer.

Media di seluruh dunia turut menyelar tindakan Neymar itu dengan mengatakan dia adalah seorang pelakon yang lebih bagus berbanding aksinya di atas padang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN