Lagi desakan Mas Ermieyati lepas jawatan - Utusan Malaysia

Lagi desakan Mas Ermieyati lepas jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin didesak melepaskan jawatan Ahli Parlimen Masjid Tanah memandangkan kemenangannya adalah atas tiket UMNO dan Barisan Nasional (BN).

ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN
ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Mas Ermieyati jangan lupa bahawa beliau diangkat menjadi wakil rakyat hasil kerja keras dan pengorbanan ahli-ahli parti. 

Ujarnya, jangan menjadikan pemilihan parti baru-baru ini sebagai alasan untuk keluar parti sedangkan Wanita UMNO tahu tindakan itu sudah lama dirancang.

“Kami semua kecewa terutamanya ahli Puteri yang mengangkat beliau sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, jawatan yang telah memberikan beliau segala-galanya.

“Beliau pernah mengatakan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, ‘You Never Walk Alone’ namun belum sampai setahun apabila sudah diuji dengan kejatuhan dan kekalahan beliau memilih untuk berpaling tadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mas Ermieyati kelmarin mengumumkan keluar daripada UMNO dan bergerak sebagai seorang Ahli Parlimen Bebas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN