KUANTAN 24 Julai – Kolej Yayasan Pahang (KYP) Advance Skills menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Moca Resources Sdn. Bhd. (Moca) bagi meningkatkan hubungan kerjasama selain melaksanakan program Basic Scaffolding Competency di kolej berkenaan. Pengarah Urusan Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) dan KYP Advance Skills, Datuk Noorhishamuddin Yaacob berkata, program itu merupakan jaminan kerjaya yang dianjurkan oleh Moca bersama KYP Advance Skills. “Peserta program ini akan memperoleh sijil Scaffolding Erector…










