Kumpulan kedua pasukan pancaragam VICCB berlepas ke Taiwan wakili negara - Utusan Malaysia

Kumpulan kedua pasukan pancaragam VICCB berlepas ke Taiwan wakili negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 27 Julai-Kumpulan kedua seramai 40  orang ahli pasukan pancaragam Kor Kadet Victoria Institution (VICCB)  daripada seksyen Brass berlepas ke Taiwan  dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) awal pagi ini.

Mereka menaiki pesawat Malaysia Airlines MH366 pada pukul 9.20 pagi tadi.

Rombongan turut disertai Guru Penolong Kanan Kokurikulum Victoria Institution (VI), Zainal Cole, Pengarah pancaragam VICCB, Muhaizi Mudzakir, jurulatih brass, Fikrizaki Zakaria, guru penasihat VICCB, Nurhidayah Khaldi dan dua wakil ibu bapa.

Sementara itu, kumpulan pertama VICCB daripada seksyen Drum dan Colourguard telah selamat sampai di Lapangan Terbang Toayuan pada pukul 2.20 petang semalam (waktu Malaysia).

Kumpulan itu kini giat menjalani latihan sebagai persiapan terakhir menjelang pertandingan  Pancaragam Peringkat Dunia  2018 di Taipei, Taiwan bermula hari ini bagi kategori Drumm Battle.

Selain VICCB, pasukan pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) turut mewakili negara dalam pertandingan berprestij bertaraf dunia  itu yang  berlangsung sehingga  29 Julai ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN