Kuala Terengganu Bypass dijangka siap selewat-lewatnya Julai 2019 - Utusan Malaysia

Kuala Terengganu Bypass dijangka siap selewat-lewatnya Julai 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Projek jalan pintasan Kuala Terengganu Bypass yang kini siap 70 peratus pembinaannya dijangka dibuka laluannya selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir berkata, projek itu siap agak lewat berbanding tarikh asal iaitu Januari tahun depan berikutan beberapa masalah yang berlaku.

“Perkembangan projek sudah mencapai tahap 70 peratus namun ada sedikit masalah timbul berkaitan pengambilan tanah. Pembinaan jalan pintas seperti ini sudah semestinya melalui kawasan mempunyai blok-blok bangunan, jadi rundingan masih lagi berjalan agar semua pihak dapat membantu kerana tanah-tanah sudah pun diambil alih.

“Jika semuanya berjalan dengan lancar, paling lewat kita jangka projek ini dapat siap sepenuhnya dalam masa setahun. Sekiranya ada masalah lain yang timbul, mungkin akan lagi lambat,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di tapak projek Kuala Terengganu Bypass di Wakaf Beruas di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh.

Menurut Mohd. Anuar, beliau turut difahamkan masih ada segelintir penduduk di kawasan Kampung Durian Burung yang enggan berpindah. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN