PONTIAN 8 Julai – Koperasi Nelayan Ayer Baloi (KNAB) akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan bagi mendapatkan kawasan seluas 100 hektar untuk menjalankan ternakan kerang di laut Ayer Baloi. Pengerusinya, Salahuddin Jantan berkata, kawasan tersebut yang menghala ke Sanglang dikenali pasti berpotensi mempunyai banyak benih kerang yang boleh dijadikan sumber pendapatan baharu kepada golongan nelayan. Beliau berkata, KNAB yang mempunyai ahli seramai 37 orang yakin ternakan kerang tersebut mampu memberikan pulangan lumayan pada masa depan, iaitu boleh memperoleh antara RM1,200 hingga RM1,500 sehari apabila makanan laut itu mencapai tempoh matang. “Penilaian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya