Khairy dakwa ramai perwakilan UMNO diugut, dipaksa - Utusan Malaysia

Khairy dakwa ramai perwakilan UMNO diugut, dipaksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa ramai perwakilan parti itu diarah, diugut, dan dipaksa untuk mengikut pilihan ‘warlords’ dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian dan majlis tertinggi semalam.

Khairy yang tewas kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam perebutan jawatan Presiden UMNO berkata, sistem undi bahagian berpihak kepada ‘warlords’ yang mempunyai cengkaman kuat ke atas bahagian mereka walaupun statistik undi popular menunjukkan majoriti anggota parti itu mahukan perubahan.

“Majoriti ahli nak berubah tetapi warlords masih pekak terhadap suara rakyat.

“Angguk-angguk, tepuk-tepuk, seolah-olah tiada pendirian sendiri,” katanya menerusi laman Twitter hari ini.

Walaupun bekas Menteri Belia dan Sukan itu menerima keputusan semalam dengan hati  terbuka, beliau mahu anggota parti supaya membuang mentaliti feudal selain mengulangi pendiriannya untuk melihat perubahan dalam UMNO. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN