Kereta Ferrari terbakar di Lebuh Raya Kesas - Utusan Malaysia

Kereta Ferrari terbakar di Lebuh Raya Kesas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sebuah kereta mewah jenis Ferrari musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Kilometer 39.5 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dari Persiaran Kewajipan menghala ke Plaza Tol Sunway di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, bomba menerima panggilan kecemasa pada pukul 4.11 petang dan seramai enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7 Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, sebuah kereta jenis Ferrari marak terbakar hingga hangus keseluruhannya dan pemandunya tidak ditemui di sekitar kawasan tersebut.

“Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadamkan kebakaran dengan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rizal menambah, kereta berkenaan terbakar ketika dipandu di lebuh raya itu,

“Kami tidak menjumpai pemilik atau pemandunya yang dipercayai berjaya menyelamatkan diri sebelum kereta itu terbakar.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN