LONDON – Jaguh tenis Jerman, Angelique Kerber berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menumbangkan juara Wimbledon tujuh kali, Serena Williams untuk meraih gelaran julung-julung kalinya pada kejohanan berprestij tersebut. Pemain pilihan ke-11 itu beraksi cemerlang apabila hanya memerlukan keputusan straight-set 6-3, 6-3 untuk menewaskan Serena, sekali gus berjaya menambah koleksi ketiga Grand Slam selepas memenangi Terbuka Australia dan Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 2016. “Bagi saya, kemenangan ini seperti mimpi…










