Kerajaan negeri Melaka cadang penternakan khinzir berkelompok - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri Melaka cadang penternakan khinzir berkelompok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Penternak khinzir di Paya Mengkuang di sini diusulkan agar melaksanakan penternakan secara berkelompok serta menggunakan teknologi moden bagi menangani isu pencemaran dari ladang mereka. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, pihaknya akan berbincang dengan penternak terbabit bagi merealisasikan cadangan itu. “Sekiranya penternak babi memberi persetujuan, kerajaan negeri bercadang untuk menggunakan teknologi dari Jerman atau China,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan ke ladang berkenaan hari ini. Media sebelum ini melaporkan isu pencemaran daripada penternakan khinzir di Paya Mengkuang yang berterusan tanpa penyelesaian berkesan menimbulkan kemarahan penduduk setempat yang terpaksa menghidu bau busuk selain sungai serta kawasan tercemar. Mengulas lanjut, Norhizam berkata, kerajaan negeri juga bersedia membantu membawa masuk pelabur bagi membantu penternak terbabit yang menghadapi kekangan…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN