KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan dan masyarakat diseru untuk memberi perhatian dalam isu membabitkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta persetubuhan haram daripada lebih membicarakan mengenai perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan pasangannya berumur 41 tahun di Gua Musang, baru-baru ini. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu LGBT dan persetubuhan haram adalah lebih besar berbanding kes perkahwinan itu yang disifatkannya sebagai terpencil. “Isu…










