PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk menamatkan pemberian lesen memandu menerusi Program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (SKSJ). Program SKSJ diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini bagi tujuan membantu masyarakat luar bandar memiliki Lesen Memandu Percubaan (P) motosikal kelas B2. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (gambar kecil) berkata, pihaknya membuat keputusan itu kerana mendapati program berkenaan tidak menekankan sepenuhnya proses pembelajaran, latihan mahupun ujian memandu yang ketat. “Program ini…










