Kerajaan digesa tangguh pelarasan ICPT, hapus rebat elektrik - Utusan Malaysia

Kerajaan digesa tangguh pelarasan ICPT, hapus rebat elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Kerajaan digesa agar menangguhkan pelarasan pelarasan mekanisme kos tidak berimbang (ICPT) dan menghapuskan rebat elektrik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Presiden Keadilan Rafizi Ramli berkata, beliau faham kerajaan cuba untuk meringankan beban rakyat terbanyak dengan mengenakan surcaj ICPT hanya kepada pengguna bukan domestik.

Namun tindakan tersebut perlu diperhalusi untuk mengelakkan keputusan menaikkan harga elektrik menggagalkan segala usaha kerjaaan untuk mengawal harga barang.

“Saya bimbang kenaikan tarif bersih yang diumumkan ini akan menyebabkan peniaga-peniaga menggunakan alasan ini untuk tidak menurunkan harga barang walaupun Pakatan Harapan telah menunaikan janji untuk menghapuskan GST.

“Sebab itu, tempoh masa antara Julai hingga akhir Disember 2018 adalah cukup penting untuk mengelakkan sebarang kenaikan tarif baru yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan, untuk meneliti reaksi peniaga dan industri kepada langkah-langkah menstabilkan harga barang yang telah dan akan dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” kata Rafizi.

Suruhanjaya Tenaga sebelum ini mengumumkan rebat tarif elektrik seba­nyak 1.52 sen/kilowat per jam (kWj) yang telah diberikan kepada semua pengguna di Semenanjung dalam tempoh enam bulan terdahulu akan ditamatkan berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Rebat untuk pengguna elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada kadar 1.20 sen/kWj turut ditamatkan berkuat kuasa pada tempoh yang sama.

Kerajaan juga memutuskan supaya peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj dilepaskan dalam bentuk surcaj ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai 2018 hingga 31 Disember 2018.

Dalam pada itu Rafizi turut menyindir pembangkang kerana gagal untuk membuat analisa mengenai kesan kenaikan harga elektrik terhadap rakyat.

“Saya tunggu juga la kot-kot pembangkang-pembangkang dari UMNO dan Pas nak buat analisa mengenai kenaikan harga elektrik. Setakat ini yang keluar hanya hancing, kencing (dan perkataan seumpamanya).

“Sampai bila-bila la macam tu. Jadi saya buat juga la analisa dan keluar kenyataan, walaupun perkara ini akan lebih menyuburkan pasu-pasu bunga yang dibayar rakyat di Parlimen,” kata Rafizi.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN