KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan hari ini menjelaskan kenyataan menterinya Mohamad Sabu berhubung kajian semula adalah merujuk kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan bukannya Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti yang dilaporkan. Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, terdapat kekeliruan yang berlaku dalam laporan media berhubung kenyataan Mohamad berhubung akta itu dalam sesi wawancara bersama media Khamis lepas. “Kajian semula yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan adalah merujuk kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan bukannya Akta MKN seperti yang dilaporkan,” kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, program PLKN sedang dikaji…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya