Kematian akibat lemas lebih tinggi berbanding kebakaran - Utusan Malaysia

Kematian akibat lemas lebih tinggi berbanding kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Kematian akibat lemas kekal menjadi penyumbang utama bagi kemalangan meragut nyawa yang dikendalikan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara. 

Ketua Pengarahnya, Mohammad  Hamdan Wahid berkata, setiap tahun, sebanyak 500 kes kematian  akibat  lemas direkodkan di seluruh negara berbanding kes kematian disebabkan kebakaran yang tiga kali ganda lebih rendah. 

“Perkara ini harus dipandang serius kerana kebanyakan kematian berlaku ketika orang ramai melakukan aktiviti riadah seperti di sungai, pantai, kolam mandi, kawasan rekreasi, taman laut dan taman negara terutama pada musim cuti perayaan dan cuti sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lima ratus kes kematian di seluruh negara ini bukan angka yang kecil dan ia sangat membimbangkan, oleh itu aspek pencegahan, kawalan dan kesedaran perlu dititikberatkan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata, justeru kerajaan disarankan untuk mengubal undang-undang di air terutama dikawasan rekreasi yang dilihat seringkali berlaku kemalangan lemas. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN