PUTRAJAYA 20 Julai – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan waris Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 12, Lebuh Raya Ceras-Kajang awal pagi ini. Beliau memberitahu, Tien Chee bukan sahaja merupakan rakan seperjuangan dalam DAP malah juga sahabat yang cukup rapat secara peribadi. “Beliau seorang ADUN yang cukup komited kepada penduduk di kawasannya yang…










