KOTA BHARU 6 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat cuba menutup kelemahan demi kelemahan dalam mentadbir negara ini dengan cara mengalih perhatian rakyat kepada kes pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. SHAHRUL NASRUN Exco Pemuda UMNO, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, antara kelemahan itu ialah kelewatan mengumumkan barisan penuh Kabinet diikuti kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai jumlah sebenar hutang negara sehingga menimbulkan perasaan tidak yakin…










