Kelantan idam tiga mata penuh berdepan MU - Utusan Malaysia

Kelantan idam tiga mata penuh berdepan MU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kelantan, yang berada di ambang zon penyingkiran Liga Super 2018, perlu memburu mata penuh dalam baki empat perlawanan apabila menentang Melaka United di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam esok.

Bagaimanapun, ketua jurulatih, Yusri Che Lah mengakui agar sukar untuk pasukan The Red Warriors (TRW) memperoleh mata penuh memandangkan kekuatan pasukan Melaka United mula terserlah apabila bermain di tempat lawan.

Berbekalan momentum kejayaan 2-1 ke atas Selangor, Rabu lalu, beliau menuntut anak buahnya menggunakan kelebihan halaman sendiri dengan sebaik mungkin untuk memburu satu mata ke atas Melaka United.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya melihat Melaka United sebuah pasukan yang cukup baik apabila bermain di tempat lawan kerana ketika ini mereka masih belum tewas di gelanggang lawan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam 18 perlawanan setakat ini, Melaka United menduduki tangga ketujuh dengan 23 mata manakala Kelantan pula menghuni tangga ke-11 dengan 14 mata, kelebihan dua mata dengan Negeri Sembilan yang tercorot dalam carta liga musim ini.

Pada baki empat perlawanan saingan Liga Super musim, Kelantan perlu memungut mata penuh bagi mengelak daripada zon penyingkiran ke Liga Premier musim depan.

Mengulas lanjut pertemuan dengan Melaka United, Yusri berkata pasukan lawan itu mempunyai kelebihan dengan kehadiran bekas penjaga gol utama TRW, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain tengah S. Veenod.

Justeru, beliau berharap semua pemainnya dapat mengawasi setiap pergerakan pemain lawan dan memperagakan aksi cemerlang dengan tidak mensia-sia peluang menjaringkan gol di laman sendiri.

“Walaupun agak sukar memperoleh tiga mata malam esok, keputusan satu mata sudah cukup untuk kami terus memberikan saingan pada perlawanan seterusnya,” kata Yusri.

Beliau seterusnya mahu pasukannya berusaha lebih gigih dalam mencari kemenangan dalam baki perlawanan supaya dapat terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×