Kekalkan Mara bawah satu kementerian - Utusan Malaysia

Kekalkan Mara bawah satu kementerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan digesa supaya mengekalkan Majlis Amanah rakyat (Mara) dan meletakkannya di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

ISMAIL SABRI YAAKOB
ISMAIL SABRI YAAKOB

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) berkata, ini kerana Mara sejak sekian lama telah banyak berjasa dan membantu pembangunan orang Melayu serta masyarakat luar bandar.

Katanya yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tindakan meletakkan Mara di bawah beberapa kementerian hanya merencatkan pembangunan keusahawanan dan pendidikan anak-anak Melayu.

“Saya tidak tahu kebenarannya. Tetapi saya mendapat tahu daripada media sosial dan sebagainya bahawa Mara akan dipecahkan kepada tiga kementerian. 

“Saya ingin memaklumkan bahawa Mara tidak boleh dipecahkan kerana ia akan merencatkan perancangan pembangunan pendidikan dan keusahawan. Berdasarkan Akta Mara atau Akta 489 di bawah Seksyen 3(1), Mara apabila ditubuhkan ia berkekalan turun temurun dan mempunyai satu menteri dan tidak boleh pelbagai kementerian untuk menjaga Mara,” katanya ketika membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN