KUANTAN 18 Julai – Seorang pemandu van dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebarkan maklumat palsu sehingga mencetuskan kekecohan di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng dekat sini, 10 Julai lalu. Tertuduh, Mohd. Shaiful Adhar Mohd. Shukor, 30, didakwa memuat naik status palsu dalam akaun laman sosial Facebook mengenai seorang pemandu lori tempatan berada dalam keadaan kritikal selepas dipukul oleh pekerja asing warganegara China di MCKIP. Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Shaiful didakwa berniat menyakiti hati atau mengganggu orang lain melalui akaun Facebook sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya