KBS cadang rombak kepimpinan persatuan belia - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

KBS cadang rombak kepimpinan persatuan belia – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan bercadang melakukan rombakan besar-besaran terhadap kepimpinan semua persatuan belia tempatan, kata Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Rombakan itu bakal dibuat terutama bagi persatuan belia di semua peringkat termasuk daerah dan negeri yang mendapat dana daripada kerajaan.

Syed Saddiq berkata, rombakan perlu dibuat bagi memastikan pucuk pimpinan persatuan berkenaan diterajui oleh belia yang masih dalam usia belia iaitu bawah usia 35 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isu ini serius kerana mereka yang mengetuai persatuan tidak mahu lepaskan jawatan walaupun umur mereka sudah melepasi usia belia.

“Hal ini menyebabkan anak muda yang benar-benar menjiwai golongan belia sukar untuk mendapat tempat dalam persatuan,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog Malaysia Social Media Week 2018 (MSMW) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN