Kapten pasukan Piala Dunia Jepun bersara - Utusan Malaysia

Kapten pasukan Piala Dunia Jepun bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 4 Julai – Kapten pasukan Piala Dunia Jepun, Makoto Hasebe hari ini mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan negara itu selepas Jepun disekat daripada mara ke peringkat seterusnya oleh Belgium dalam perlawanan pusingan kalah mati Isnin lepas.

Selain Makoto, 34, rakan sepasukannya yang juga merupakan bekas penyerang AC Milan, Keisuke Honda, 32, turut menyatakan hasrat untuk meninggalkan skuad Samurai Biru itu.

Dengan persaraan kedua-dua mereka, pasukan Negara Matahari Terbit itu dijangka akan terpaksa melakukan rombakan besar dalam barisan pemainnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berhasrat untuk menamatkan karier bolasepak bersama pasukan Jepun dengan kejohanan Piala Dunia kali ini,” kata pemain yang pernah membantu pasukan Eintracht Frankfurt menjuarai Piala Jerman tahun lepas.

Kejohanan Piala Dunia 2018 merupakan yang ketiga buat Hasabe sepanjang 12 tahun perkhidmatannya bersama pasukan Jepun di bawah bimbingan lima orang jurulatih.

Dalam pada itu, desas desus mengatakan pasukan Jepun yang akan bertanding dalam Piala Asia di Arab Saudi awal tahun depan itu juga dikhabarkan sedang mencari jurulatih baharu untuk membimbing mereka.

Bagaimanapun, Jurulatih kebangsaan Jepun ketika ini, Akira Nishino enggan mengulas mengenai perkara itu.

Akira mengambil alih jawatan tersebut dalam selepas pemecatan kontroversi penyandang sebelumnya, Vahid Halilhodzic. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN