PERKAHWINAN dengan kanak-kanak perempuan bawah umur sering menjadi topik yang dibincangkan di India atau beberapa negara Afrika. Bagaimanapun, ia telah merebak ke Malaysia apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menjadi isteri ketiga kepada seorang lelaki warga tempatan. Walaupun dalam banyak kes seumpama ini, isu ekonomi, budaya dan agama telah dijadikan modal untuk mewajarkan perkahwinan tersebut, tetapi dari sudut psikologikal ia hal yang sangat keterlaluan. Secara umumnya, pada umur ini kanak-kanak masih dalam proses untuk mengenali beberapa konsep utama dalam kehidupan. Jean Piaget (1896-1980), ahli psikologi perkembangan yang selalu dirujuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya