DUNGUN 22 Julai – Seorang budak lelaki berusia 20 bulan maut dipercayai terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), di sini, kira-kira pukul 6.50 petang semalam. Kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Azhari Zul Azri yang bermain bersama kembarnya dikatakan terjatuh dari sebuah sofa bersebelahan bidai berkenaan ketika ibunya, Nor Yasmin Mat Yassin , 36, sedang mengerjakan solat Asar. Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Abdullah…










