MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) telah pun menyambut usianya yang ke-70 tahun. Pada usia emasnya ini, MBM telah melakukan yang sewajarnya sebagai Induk Masyarakat Sivil muda negara ini dan memainkan peranan setepatnya dalam konteks Malaysiana. Kita perlu menyedari hakikat bahawa MBM bukanlah menjadi induk kerana namanya, malah nama MBM itu didarjatkan kerana mengambil nisbah susuk keorganisasian ahli gabungannya dan ahli pimpinannya. MBM didirikan dgn penuh kesedaran dan falsafah kewajaran sebagai sebahagian cita-cita orang muda yang mahu…










