SEPANG 30 Julai – Tiga minit merupakan detik berharga buat 20 pendaki Malaysia yang hampir mendaki Gunung Rinjani sebelum kejadian gempa bumi berlaku di Lombok, Indonesia, semalam. Seorang daripada pendaki, Siti Hidayah Zainuddin, 38, berkata, mereka sepatutnya memulakan pendakian pada pukul 7 pagi, tetapi gegaran berukuran 6.4 skala Richter berlaku pukul 6.57 pagi sekali gus membuatkan niat itu terbatal. Menurutnya, ketika gegaran, mereka baru sahaja selesai bersarapan dan sedang menunggu…










